Thursday, 27 October 2011

Malaikat Tak Masuk Rumah Ada Patung Manusia, Binatang



Islam melarang meletakkan patung manusia, binatang atau objek lain di rumah.

~Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :"Sesungguhnya tuan punya gambar ini akan diseksa pada hari kiamat lalu dikatakan kepadanya :"Hidupkan barang yang dijadikan dan sesungguhnya malaikat tak akan masuk rumah seseorang selagi di dalamnya ada gambar(patung). - Hadis Riwayat Bukhari.

~Hanya dlm keadaan tertentu patung dibenarkan seperti yg diriwayatkan dalam hadis bahawa Jibril a.s pernah meminta izin drpd Nabi s.a.w untuk masuk rumahnya, kemudian kata Nabi kepada Jibril: "Masuklah! Tetapi Jibril menjawab: 'Bagaimana saya hendak masuk sedang di rumahmu ada cadar dinding yang penuh gambar! Tetapi kalau kamu mahu terus menggunakannya, maka putuskanlah kepalanya atau potonglah untuk dibuat bantalatau buatlah tikar - Hadis Riwayat Nisa'i dan Ibnu Hibban.
Ia hendaklah tidak sempurna sehingga tidak nampak dibesarkan dan dimuliakan.

~Begitu juga dgn patung mainan kanak2,ia dibenarkan kerana bukan dibesar-besarkan.

~Manakala lukisan benda hidup seperti manusia dan binatang tidak dibenarkanmenurut hadis di atas tetapi lukisan pemandangan alam masih dibenarkan.

~Gambar drpd kamera dihuskan apabila mematuhi ajaran agama dalam berpakaian dan menutup aurat.Ia juga dilihat berlainan drpd lukisan yang melakar ciptaan sendiri.

~Mufti Mesir, Sheikh Muhammad Bakhit menyatakan fotografi adalah tangkapan imej kepada benda yang benar menerusi kamera. Cara itu sedikitpun tidaka ada larangan (Qardawi, 1995: 117)

No comments:

Post a Comment